Apabila berdagang di pasaran kewangan, anda mempunyai keupayaan untuk menggunakan keumpilan. Keumpilan berfungsi seperti wang yang dipinjam, yang bermaksud anda perlu mendepositkan dan menggunakan wang yang lebih sedikit untuk membuka kedudukan volum yang lebih besar.
Di Headway anda boleh memilih daripada keumpilan 1:1 yang bermaksud berdagang tanpa keumpilan dan tanpa had! Sudah tentu anda boleh memilih tahap keumpilan yang menyenangkan di antaranya.
Contohnya, jika akaun anda mempunyai keumpilan 1:500 yang dipilih dan anda mendepositkan $10, anda akan dapat berdagang seolah-olah baki akaun anda berjumlah $5000.
Keumpilan tanpa had tidak tersedia sewaktu mula-mula anda membuka akaun. Keumpilan tanpa had menjadi tersedia selepas mendagangkan 5 lot (500 sen lot).
Keumpilan yang tersedia turut bergantung pada ekuiti akaun. Ekuiti mewakili nilai semasa bagi akaun dagangan anda. Keumpilan berubah semasa anda mempunyai pesanan terbuka yang meraih keuntungan atau kerugian. Jika anda tidak mempunyai sebarang kedudukan terbuka, maka Ekuiti anda adalah sama dengan Baki anda.
Ekuiti Akaun | Keumpilan Maksimum yang boleh anda gunakan: |
$ 0 - 1,000 |
Tanpa had (selepas mendagangkan 5 lot) |
$ 1,001 - 5,000 | 1:2000 |
$ 5,001 - 20,000 | 1:1000 |
$ 20,001 - 30,000 | 1:800 |
$ >30,000 | 1:600 |
Ingat bahawa keumpilan yang lebih tinggi membuka peluang untuk memperoleh keuntungan yang lebih lumayan tetapi juga meningkatkan risiko anda. Lihat artikel ini pada Margin.
Berikut adalah artikel tentang Cara Mengubah Keumpilan anda.
Harap maklum: keumpilan tanpa had tidak tersedia untuk instrumen dagangan yang berikut: mata wang kripto, tenaga, saham dan indeks.
Komen
0 komen
Artikel ditutup untuk komen.